Saya terpanggil untuk menulis secara ringkas tentang ini... Saya baru perasan saya ada blog yang dah setahun tak disentuh. Lalu.... saya pon ingin menulis... SAYA pon mula menulis tapi tak tau apa nak tulis... Tapi kebelakangan ini saya sering diajukan apa itu broker market maker and masih ramai sebenarnya pengguna yang masih confuse tentang apa itu forex. Lalu marilah saya terangkan serba sedikit apa yang saya tahu.. Sila betulkan kalau saya salah.
Forex in general adalah perdagangan matawang.
Siapa boleh trade forex?
Sebelum Bill Clinton membenarkan forex untuk orang awam, hanya bank dan institusi kewangan sahaja yang dibenarkan untuk trade forex.
Adakah forex legal di Malaysia?
Grey area.... White for banking institution black for personal trader campur itam putih jadilah kelabu taik anjing.
Boleh ke trade forex kat Malaysia?
Boleh sebab broker forex bukan base in Malaysia. :P
Haram ke halal forex ni?
Hukumnya seperti ayam... Halal jika disembelih haram jika tak sembelih. Maknanya kalau memang dah analisis dan beserta Money Management yang betul halal lah dia. Kalau trade ikut baling dadu... haramlah hukum dia.
Forex ada fix ROI ke?
ROI ialah return of investment. Jadi kalau fix ROI memang no such thing dalam forex. Kalau ada fix ROI itu namanya scheme. Yang janji bulan bintang fix ROI ni selalunya scheme cepat kayap.
Apa tu broker?
Bahasa kampung nye macam jual beli rumah.... broker rumah adalah perantara jual beli rumah... begitu juga broker forex. Merupakan perantara jual beli currency.
Apa broker market maker?
Ringkasannya broker yang mengharapkan trader rugi lebih dari untung kerana mereka tak hantar duit ke liquidity provider. Tugasan broker macam ni sebenarnya sebijik macam bookie bola.... buat betting and akan control the game.
Liquidity provider tu apa?
Liquidity provider ialah bank yang kasi supply data feed dan merupakan institusi kewangan dan perbankan.
Jadi apa yang jadi di broker market maker berbanding genuine broker.
Boleh usha diagram bawah dan digest sendiri:-
Tips memilih broker:-
- Pilihlah regulated broker
- Pastikan anda tau di mana broker tersebut dapat untung
- Bertanyalah pada yang pakar
Sekian dulu pencerahan saya untuk kali ini. Kepada trader-trader tegar selamat memorex.
XOXO
paper^clip